Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam STANCO dan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bersetuju melaksanakan Sekolah Rendah Agama Integrasi yang menggabungkan dua kurikulum iaitu Kurikulum SRA JAIS dan Kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kedua-duanya digabung dan dilaksanakan di Sekolah Rendah Agama di mana murid-murid akan belajar mulai jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Proses pembelajaran disepadukan bagi kedua-dua kurikulum tersebut.
PELAKSANAAN SEKOLAH INTEGRASI
Memantapkan Kurikulum Sekolah Kebangsaan dengan memasukkan Kurikulum Sekolah Agama di dalam Pendidikan Kebangsaan
Membolehkan murid mendapat pendidikan rendah yang bersepadu dalam sebuah sekolah sahaja.
Peperiksaan UPSR dari Kementerian Pendidikan juga akan diadakan di SRAI selain dari peperiksaan PSRA dari JAIS.
Untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, murid-murid SRA boleh memilih samada ingin memasuki Sek. Men. Kementerian Pendidikan atau Sek. Men. JAIS
SEJARAH SRAI BANDAR BARU KUALA SELANGOR
- Ditubuhkan pada 1 Januari 1983 dan menumpang di Sekolah Tanjung Keramat.
- Tenaga Pengajar seramai 3 orang guru dan jumlah murid seramai 70 orang.
- Tahun 1984, murid sekolah bertambah seramai 187 orang dan guru seramai 6 orang.
- Menumpang di Sek. Keb. Tanjung Keramat sehingga Jun 1986.
- Mendapat bangunan sendiri pada 1 Julai 1986 dengan keluasan 2750 meter persegi. Bangunan ini didirikan di atas tanah pemberian kerajaan merupakan satu blok dua tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, musolla, bilik air dan bilik wuduk.
- Sekolah ini telah didaftarkan pada 4 April 1991 dengan nombor pendaftaran 3J(S)17/94.
- Pada tahun 1991, jumlah murid 520 orang meningkat kepada 1200 orang pada tahun 1997. Pertambahan ini memaksa sekolah ini menumpang pula di Sek. Keb. Bandar Baru Kuala Selangor pada awal 1995 sehingga 31 Disember 1996.
- Pihak sekolah berganding bahu memohon agar JAIS membina bangunan tambahan bagi menampung penempatan murid yang semakin bertambah bilangannya.
- Usaha ini berhasil dengan termetrainya upacara pecah tanah yang berlangsung pada 27 September 1997 oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.B. Dato' Hj. Abu Hassan bin Hj. Omar pada waktu itu.
- Bangunan tambahan ini telah siap sepenuhnya dan dibenarkan beroperasi mulai Januari 2001 setelah berlangsungnya upacara penyerahan kunci.
- Pada 17 Januari 2000 sekola di telah terpilih menjadi projek perintis Sekolah Rendah Agama Integrasi bagi Daerah Kuala Selangor dengan pengambilan murid seramai 74 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang.
- Sehingga 2004 bilangan murid telah meningkat kepada 282 dan guru seramai 44 orang.
- Pada tahun 2010 bilangan murid telah meningkat kepada 406 dan guru seramai 43 orang. Sekolah juga telah mendapat 2 orang Pembantu Tadbir dan 3 orang Pengawal Keselamatan.
- Antara Guru Besar yang telah dan sedang berkhidmat di sekolah ini ialah :
1) Tuan Hj. Hanafiah bin Othman - 01.03.1983-23.04.1988
2) Tuan Hj. Sarani bin Awang - 8.8.1988-1.7.1994
3) Tuan Hj. Adnan bin Kabir - 1995-4.2.2000
4) Ustaz Rosidi bin Hussain - 16.3.2000 - 31.3.2010
5) Puan Habsah binti Ramli - 1.4.2010 - 16.6.2013
6) Puan Kalsom binti Mohamad Alias - 17.6.2013-30.7.2013
7) Puan Mariani binti Toilan - 1.8.2013 - sekarang
2) Tuan Hj. Sarani bin Awang - 8.8.1988-1.7.1994
3) Tuan Hj. Adnan bin Kabir - 1995-4.2.2000
4) Ustaz Rosidi bin Hussain - 16.3.2000 - 31.3.2010
5) Puan Habsah binti Ramli - 1.4.2010 - 16.6.2013
6) Puan Kalsom binti Mohamad Alias - 17.6.2013-30.7.2013
7) Puan Mariani binti Toilan - 1.8.2013 - sekarang
dah tukar guru besar skrg
ReplyDelete